Thursday, January 17, 2013

Projek Menjahit for Ummah

Assalamualaikum. Setelah memohon kekuatan dan petunjuk dari Allah supaya diberikan jalan bagaimana dapat saya menyumbang kepada ummah, Alhamdulillah.. idea pertama yang wujud adalah menggunakan komuniti di siber. Insyaalah, dengan berkatNya dan keyakinan bahawa barang sesiapa yang membantu agama Allah, Allah akan membantunya.

Sebagai permulaan, saya bercadang untuk membantu sedaya upaya untuk menjalankan satu projek. Projek ini saya rasa sesuai diberi nama projek jahit. Motifnya untuk membantu ibu-ibu tunggal dan keluarga miskin tegar supaya mereka dapat keluar dari kemiskinan dan menikmati hak hidup mereka. Caranya ialah menghantar mereka yang berminat ke kelas jahitan. Insyaalah selepas mengikuti kelas tersebut, diharap mereka mampu untuk mendapat pekerjaan hasil dari kemahiran yang diperolehi. Saya sedang cuba mendapatkan senarai peserta yang berminat. Saya telah meminta bantuan dari pemilik blog Badan Kebajikan Al-Jauhar. Alhamdulillah mendapat respon positif. Dalam masa yang sama, saya mencari pusat latihan kelas jahitan yang bersesuaian dan mampu di sekitar kawasan Shah Alam dan Kampung Melayu Subang.

Untuk menampung perbelanjaan program ini, saya akan cuba menghantar kertas cadangan kepada pejabat zakat negeri Selangor. Harapnya mendapat pertimbangan.... Insyaalah. Doakan kejayaan kita bersama.. amin.. Sebarang cadangan dan idea amatlah saya hargai. boleh emelkan kepada saya di alamat neomike24@gmail.com. Terima Kasih